Apa itu Pip ?

pasangan matawang
APA ITU pip ?
PIP adalah singkatan bagi perkataan yang membawa maksud Percentage In Point.
Atau lebih mudah difahami dengan berapa jumlah pergerakan harga currency pair tertentu.
  • Sebagai contoh, jika GBP/JPY bergerak pada harga 152.00 ke harga 152.50, ini bermakna harga telah bergerak sebanyak 50 pip.
152.50 – 152.00 = 0.50 = 50 pips
  • Contoh harga pada EUR/USD ialah 23123
Bermaksud harga untuk 1 EURO bersamaan dengan 1.23123 Dollar
1 EURO = 1.23123 USD
Lihat pada nombor berwarna merah, ada lebihan nombor .Ini kerana, pergerakan harga didalam market forex terlalu spesifik dan sedikit, ia menyebabkan harga dipecahkan lebih mendalam lagi, bukan hanya pada dollar dan cent sahaja.
Apabila dilihat pada Currency Quote, anda akan lihat :
  • Dollars
  • Cents
  • Percentage of cent
  • 1 tenth of a percent
Jika harga 1.23456
  • 1 – dollars
  • 23 – cents
  • 45 – percentage of the cent
  • 6 – tenth of a percent

 

Currency quote hanya mempunyai 4 tempat sahaja selepas titik perpuluhan.
  • Contohmya – 1.3456

 

Tetapi selepas terdapat saingan penyediaan platform trading (broker) semakin sengit, beberapa broker telah menawarkan 5 tempat titik perpuluhan yang dikenali sebagai “fractional” pip.
  • Contohnya  – 1.34567

 

Walau bagaimanapun, apabila merujuk kepada terma PIP. Pip akan dikira hanya pada 4 tempat titik perpuluhan sahaja.
  • Contohnya jika harga pada 1.23456,  pergerakan 1 pip akan bermula pada nombor 5.

 

4 titik perpuluhan pada harga 1.2345
  • 1.2345 – jika harga bergerak 1 pip keatas, harga akan menjadi 1.2346
  • 1.2345 – jika harga bergerak 10 pip keatas, harga akan menjadi 1.2355

 

Apabila harga pada 5 tempat titik perpuluhan.
  • 1.23456 – jika harga bergerak 100 pip keatas, harga akan menjadi 1.24456

 

Berbeza pula dengan YEN, jika dilihat pada Currency Quote pada kesemua currency pair yang digabungkan dengan YEN sahaja yang mempunyai 2 tempat titik perpuluhan.
  • Contohnya :  USD/JPY pada harga 111.54

 

Ini bermaksud anda boleh beli 1 Dollar (base currency) bersamaan dengan 111.54 Japanese Yen
  •  1.00 USD = 111.54 YEN

 

Apabila tiada yang lebih kecil dari nilai Yen, nombor yang anda lihat selepas titik perpuluhan dipanggil “ Percentage of Yen”
Contoh harga USD/JPY adalah 54
  • 111 – Yen
  • 54   – percentage of Yen

 

Apabila ditukar kepada “fractional PIP”, harga akan ditambahkan dengan 3 tempat titik perpuluhan.
  • Contohnya : 111.543

 

Didalam harga 111.543 :
  • 111 – yen
  • 54 – percentage of Yen
  • 3 – tenth of a cent
  • Jika 111.543 menaik 1 pip : 111.553
  • Jika 111.543 menurun 10 pip : 111.443

 

Pip dipanggil sebagai “Percentage Of Point” dan bukan disebut sebagai “percentage Of Cent” oleh kerana tidak semua currency pair menggunakan Cent.
Matawang yang menggunakan Cent :
  • US (USD)
  • Canadian (CAD)
  • New Zealand (NZD)
  • Australian (AUD)
Matawang yang tidak menggunakan Cent:
  • British Pound (GBP)
  • Japanese Yen (JPY)
  • Eurozone euro (EUR)

.

Related articles

Apa itu Forex Trading ?

Apa itu forex trading ? Forex Merupakan Akronim, Yang Digabungkan Dari Perkataan “Foreign Exchange” Apabila Berlaku Urusniaga Matawang Atau Jenis Perdagangan/Transaksi Yang  Memperdagangkan Matawang Sesuatu Negara Terhadap Mata Wang Negara Yang Lain. FOREX telah menjadi alternatif yang paling popular kerana ROI (Return On Investment ) serta profit yang akan di jana melebihi rata-rata perdagangan lain. […]

Learn More
matawang forex

Matawang Utama Forex

Apakah Matawang  utama forex yang sering didagangkan? Tidak seperti pasaran saham yang mana mempunyai beribu jenis saham yang boleh diperdagangkan. Pasaran forex hanya mempunyai beberapa matawang sahaja yang boleh diperdangkan. Walau bagaimanapun, hanya terdapat 8 standard matawang yang didagangkan dalam kuantiti yang besar dan aktif setiap hari. Mari kita lihat 8 matawang yang terbaik untuk […]

Learn More

Teknikal VS Fundamental

Teknikal VS Fundamental Terdapat 2 cara yang berbeza untuk trader melihat dan menganalisa hala tuju market. Iaitu dengan cara: Teknikal analisis Fundemental analisis TEKNIKAL ANALISIS Kajian mendapati sebanyak 95% traders lebih cenderung ke arah Teknikal Analisis. Ini kerana ramai Trader biasanya lebih gemar menggunakan Teknikal Indicator yang tersedia didalam trading platform seperti : Boilinger Band, […]

Learn More